Rekaan jam air moden Jam_air

Jam Aliran Masa oleh Bernard Gitton

Kini hanya sebilangan kecil jam air moden yang wujud. Pada tahun 1979, saintis Perancis bernama Bernard Gitton mula mencipta Jam Aliran Masa. Rekaannya yang berbentuk tiub kaca ini boleh ditemui di lebih 30 lokasi di seluruh dunia

Rekaan Gitton ini menggunakan berbilang sifon janaan graviti; misalnya, selepas tiub paparan minit atau jam mencapai paras air yang secukupnya, tiub limpahan mula bertindak sebagai sifon untuk mengosongkan tiub paparan. Penjagaan masa sebenarnya dilakukan oleh bandul tertentukur yang dijana oleh aliran air yang disalurkan dari takungan jam. Pada bandul tersebut terpasang bekas khas yang dibina dengan teliti untuk menyukat air yang dicurahkan ke dalam tiub paparan.

Kini, penggunaan aliran air untuk menjana jam jarang diamalkan, iaitu sekadar menunjuk-nunjuk daripada tujuan ketepatan fungsi, misalnya Jam Air Hornsby di Sydney, Australia.

Rujukan

WikiPedia: Jam_air http://www.uni-graz.at/exp2www/Physikgeschichte/Wa... http://www.aftabir.com/articles/view/science_educa... http://amordadnews.com/neveshtehNamyesh.aspx?NId=6... http://www.history-science-technology.com/Articles... http://www.marcdatabase.com/~lemur/dm-gitton.html#... http://muslimheritage.com/topics/default.cfm?Artic... http://www.taiwan-panorama.com/en/show_issue.php?j... http://akira.ruc.dk/~jensh/Publications/1998%7Bf%7... http://physics.nist.gov/GenInt/Time/time.html http://physics.nist.gov/time